Selamat datang

Comicore Club ditubuhkan pada 9 Feb 2014

Drink N Draw

Food Court KL Sentral @ 23 Feb 2014 | 1.00am

Produk Comicore

Akan datang | T-shirt, mug, badges dan banyak lagi.

Perjumpaan pertama dan penubuhan Comicore

Pada 9 Feb 2014, ahli-ahli Comicore telah berkumpul untuk pertama kalinya di taman KLCC

Melukis dan beramal di Rumah Sinar Salam, Kg Baru, Kuala Lumpur

Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 comicore yang terlibat, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua

Monday, April 28, 2014

Pemenang Battle #5: Yuri Red Alert

TEMPAT PERTAMA

E026 Tuyuk - Khairul Yuri Chomat



TEMPAT KEDUA
E003 Terlalu poyo - Lompat bintang



TEMPAT KETIGA
E013 Taufiqe Oct - Yuri'diction'





VIDEO BATTLE #5: YURI RED ALERT





Senarai markah

E026 Tuyuk - Khairul Yuri Chomat   16(32%)
E003 Terlalu poyo - Lompat bintang   15(30%)
E013 Taufiqe Oct - Yuri'diction'   14(28%)
E007 Taufiqe oct - Yuri red alert stailista and thinker for battlefield   10(20%)
E001 Eiji Talha - Yoo Ree   9 (18%)
E002 Reja - Yuri bertopeng   9 (18%)
E005 Aku Napie - Cyclone Yuri Robot   8 (16%)
E011 Bophairy - Uri   8 (16%)
E012 Amin Landak - Yuri Pari   6 (12%)
E024 Adimusha - Yuri Pelik   6 (12%)
E019 Bophairy - Laksamana Yuri   5 (10%)
E022 Hanis Rahim - Yuri Belang Tarung a.k.a Yuri Kutub Utara   5 (10%)
E025 Roshidi Roslan - Yuri berkepala bullseye   5 (10%)
E010 Shairazi Azlin - Regenerate   4 (8%)
E023 Kharemo Butet - Yuri Ko   4 (8%)
E006 Bophairy - Juri   3 (6%)
E004 Aliff aniki - Fabulous Yuri   2 (4%)
E015 Mohamad Idham - YURI-an   2 (4%)
E020 Terlalu poyo - Tok guru Yuri   2 (4%)
E008 Adrian Shah - Yuri's Monster Head   1 (2%)
E009 Ash ran - Bayuri   1 (2%)
E014 Chiefu san - YuriX   1 (2%)
E016 Tok Rimau - Yuri Octopov   1 (2%)
E017 Tok Rimau - Yuri Psychotic Wave   1 (2%)
E018 Syed Mohd Badril Hisham - Yourin   1 (2%)
E021 Cheifu San - Yuri Chan   1 (2%)

Monday, April 14, 2014

Hadiah menarik untuk Battle #6: Tekkon Kinkreet



Merujuk kepada Battle #4 orang minyak yang lepas, pemenangnya iaitu saudara Eiji Talha telah memilih dua watak dari animasi terkenal korea iaitu Tekkon Kinkreet yang bernama Kuro (Black) dan Shiro(white). Diharap para peserta dapat mengubah suai watak ini menjadi lebih gempak dan sofistikated. Masa untuk batte kali adalah 2 minggu bermula pada hari ini iaitu 6/4/2014 sehingga 20/4/2014 di Battleground @ Comicore Club Forum

Hadiah istimewa menanti pemenang battle adalah komik-komik ini. Selamat berbattle.




Sunday, April 13, 2014

Video: Comicore club dan The Muslim Show


Acara penyerahan Zine - The Muslim Show Fan Art di Bangi Kopitiam, Batu Caves pada 20 Mac 2014. Alhamdulillah, fan art The Muslim Show hasil kerja ahli-ahli Comicore Club telah diterima oleh trio Greg Blondin, Karim Allam dan Noredin Allam (tidak hadir kerana tidak sihat).






Foto: Shairazi Azlin



Saturday, April 12, 2014

Pre Order T-Shirt rasmi Comicore Club


Berita baik untuk anda, kami akan membuka tempahan t-shirt ini dengan harga Rm30 sahaja. Anda juga akan dapat Button Badge Comicore Club percuma.

Sila hubungi segera Comicore Club atau terus hubungi Shairazi Azlin 019 807 6641

Sunday, April 6, 2014

Battle # 5: Yuri Red Alert


Battle #5 
Watak pilihan Zamzami M. Zain yang hebat ialah YURI dari permainan video RED ALERT. Mulai battle kali ini setiap pemenang akan dapat hadiah dari Comicore Club. Sessi mengundi akan bermula dari 6/4/14 sehingga 19/4/14. Selamat mengundi




E001 Eiji Talha - Yoo Ree


E002 Reja - Yuri bertopeng


E003 Terlalu poyo - Lompat bintang


E004 Aliff aniki - Fabulous Yuri


E005 Aku Napie - Cyclone Yuri Robot


E006 Bophairy - Juri


E007 Taufiqe oct - Yuri red alert stailista and thinker for battlefield 


E008 Adrian Shah - Yuri's Monster Head


E009 Ash ran - Bayuri


E010 Shairazi Azlin - Regenerate 


E011 Bophairy - Uri


E012 Amin Landak - Yuri Pari


E013 Taufiqe Oct - Yuri'diction'


E014 Chiefu san - YuriX


E015 Mohamad Idham - YURI-an


E016 Tok Rimau - Yuri Octopov


E017 Tok Rimau - Yuri Psychotic Wave


E018 Syed Mohd Badril Hisham - Yourin


E019 Bophairy - Laksamana Yuri


E020 Terlalu poyo - Tok guru Yuri


E021 Cheifu San - Yuri Chan


E022 Hanis Rahim - Yuri Belang Tarung a.k.a Yuri Kutub Utara


E023 Kharemo Butet - Yuri Ko


E024 Adimusha - Yuri Pelik


E025 Roshidi Roslan - Yuri berkepala bullseye


E026 Tuyuk - Khairul Yuri Chomat



Saturday, April 5, 2014

Movie & Draw: APOKALIPS


Kepada yang mempunyai kelapangan masa ahad (esok!) nanti, dijemput untuk bersama dengan aktiviti comicore 'MOVIE & DRAW'. Kami telah memilih filem APOKALIPS sebagai tanda sokongan kepada usaha Mamat Khalid dalam mencari kelainan dalam dunia perfileman Malaysia.

Filem: APOKALIPS
Lokasi: TGV KLCC
Masa Tayangan: 2.00 petang
Masa perjumpaan: 12.30 Tgh (beli tiket)
Tempat berkumpul: Depan TGV, KLCC




Friday, April 4, 2014

Drink & Draw Edisi Online tengah malam ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Mungkin sebelum ini ada yang berminat untuk menyertai Drink & Draw tetapi tidak kesampaian. Justeru itu, kali ini Comicore Club mempersembahkan Drink & Draw Edisi Online pula. Harap anda semua boleh menyertainya tengah malam ini.

Acara akan bermula pada jam 12 tengah malam ini sehingga jam 2 pagi. Tema akan diberikan pada masa acara tersebut. Jumpa anda semua di Forum ComicoreClub! :)



Wednesday, April 2, 2014

Hadiah istimewa untuk Battle # 5 Yuri Red Alert


Battle #5 Yuri masih lagi berlangsung. 

Tarikh akhir untuk menghantar artwork anda adalah pada 4/4/14. 

3 naskah Komik Hulk untuk dimenangi!

Pemenang akan ditentukan melalui undian di website ini.

Ayuh, hantar artwork anda segera di Battleground @ Forum ComicoreClub




Tuesday, April 1, 2014

#30DaysComicoreChallenge


Adakah anda bersedia untuk #30DaysComicoreChallenge? Satu Cabaran, 30 tugasan, 30 hari. #30DaysComicoreChallenge akan berlangsung selama 30 hari di mana setiap hari anda akan diberikan satu tugasan dan tugasan tersebut perlu diselesaikan dalam masa sehari. Setiap hari anda akan diberikan tugasan yang berbeza mengikut tema yang ditetapkan.




SYARAT-SYARAT

1. Peserta hendaklah 'create album' dengan tajuk #30DaysComicoreChallenge di profil facebook anda sendiri dan tetapkan 'privacy' album tersebut kepada 'public'.

2. Setiap tugasan harian #30DaysComicoreChallenge hendaklah dimuatnaik dalam album tersebut berserta dengan tajuk tugasan (contoh :- #Day01Yourself). Sertakan juga #30DaysComicoreChallenge.

3. Setiap album #30DaysComicoreChallenge perlu dikongsikan ke Group Comicore Club

4. tugasan tidak perlu berwarna, hanya hitam dan putih sahaja.

5. peserta perlu 'like' page ini terlebih dahulu (penting tu, hehehe)

#30DaysComicoreChallenge akan bermula pada 1 April 2014 (Selasa) dan akan berakhir pada 30 April 2014 (Rabu). Kata, 30 hari kan? 


Penyertaan yang terpilih akan dikompilasikan menjadi sebuah zine. best tak?

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada admin (inbox, wall post). SMS tidak dilayan, hehehe...

Good luck semua! 






Battle #8: Ninja Turtle. Anda cuma boleh memilih 3 artwork kegemaran anda sahaja