Sunday, March 2, 2014

Melukis dan beramal di Rumah Sinar Salam, Kg Baru, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, acara bersama anak2 yatim di Rumah Sinar Salam, Kg Baru, Kuala Lumpur (semalam) telah berjalan dengan lancar dan sambutan yang di luar jangkaan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan2 comicore yang terlibat, hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua.

Anak yatim adalah manusia yang paling memerlukan pertolongan dan kasih sayang. Mereka adalah anak-anak yang kehilangan ibuayah pada saat sangat memerlukan. Mereka memerlukan pertolongan dan kasih sayang kita, kerana mereka tidak mungkin mendapatkan kasih sayang daripada ibuayah yang telah tiada.

Wujudnya ramai anak yatim di dunia ini adalah ujian untuk masyarakat, disinilah terbentang luas pahala yang besar jika kita faham. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan memberi bantuan kepada mereka kerana betapa besarnya pahala yang akan kita perolehi dihari akhirat nanti. Jika mempunyai wang berlebihan atau sumbangan tenaga, hulurkanlah bantuan kepada anak-anak yatim dirumah persendirian atau rumah-rumah anak yatim yang terdapat dimerata tempat dinegara kita.


Gembala Naga, Amin Landak, Bophairy, Shairazi & Emmy 


Kanak-kanak comel melukis :)



Abang naga tekun memberi khidmat terbaik kepada anak-anak yatim



wajah-wajah ceria



Imam Muda Hasbullah Najib dari Islamic Relief Malaysia


Imam Muda Hasbullah Najib, Amin Landak, Bophairy & Shairazi

Chak!


Semua sukarelawan yang terlibat



sumber:- http://www.imuslim.my/lemah-lembut-pada-anak-yatim/ & https://www.facebook.com/shairazi.azlin?fref=ts

0 comments:

Post a Comment

Battle #8: Ninja Turtle. Anda cuma boleh memilih 3 artwork kegemaran anda sahaja